Wednesday, 7 December 2016

Berniaga Bermodalkan Simpanan Sendiri

Siapa yang berniaga tapi modal tak pernah bertambah? Untung tak payah cerita biar simpan sendiri saja. 

Nak tahu tak Fitrah berniaga guna modal sendiri tau. Hasil menabung waktu study dulu. Bersyukur juga la ada kesedaran untuk menabung sikit. Bermula dengan dropship 0 modal dan bertambah ke ratus-ratus sekarang dah jadi ribu. InsyaAllah doakan supaya mampu berpuluh2 ribu macam orang lain.
Fitrah jenis jarang shopping tapi kalau dah shopping tak boleh kawal. Semua rasa nak beli tanpa fikir panjang.:)

Macam mana boleh menabung waktu study?

Setiap sem bila dapat duit pt, Fitrah memang akan transfer duit ikut jumlah yang ditetapkan ke bank Tabung Haji dan tak akan usik dah.(Sekarang usik dah sikit buat modal bisnes). Kemudian ambil sikit buat modal jual topup.Lepas tu rolling duit tu untuk sepanjang sem tapi bila hujung-hujung pengajian Fitrah dah stop jual top up. Sesak juga kadang tu kalau ada yang berhutang.Terganggu aliran tunai saya.Fitrah ni mudah stress kalau plan tak menjadi.

Duit selebihnya buat belanja beli buku atau kegunaan assignment. Bila dapat baucer buku jimat sikit duit pt.Thank you tokjib.

Adik-adik yang dapat baucer tu sila guna baucer tu selayaknya tau walaupun memang tak cukup untuk tampung kos buku yang harganya ada sampai beratus.Tapi pandai-pandai la plan kan dah masuk uni.

 Masih ada lagi ke baucer?

No comments:

Post a Comment