Friday 2 September 2016

Kenapa Tajuk Blog Macam tu?

Assalamuaalaikum,


Hai semua viewer terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya. Mesti anda tertanya-tanya blog ni banyak menceitakan tentang kecantikan tetapi kenapa ada chep aka chef? Tak ada resepi pun dalam ni.

Ha inilah sebabnya Fitrah buat post ni.Semata-mata nak menjawab persoalan anda semua. Fitrah masa belajar dulu ambil jurusan Pengurusan Sains Seni Kulinari tetapi lepas habis belajar Fitrah terjebak dalam perniagaan luar bidang.

Memang luar bidang sungguh.Produk kecantikan yang Fitrah jual. Tapi Fitrah percaya pada rezeki Allah yang amat luas.Tak kira bidang apa pun semuanya boleh kita cuba yang penting kita niat untuk mencari rezeki yang halal.

Demi menghargai usaha Fitrah belajar selama tiga tahun untuk mendapatkan segulung ijazah jadi Fitrah selitkan "Chep" Fitrah.Untuk mengingatkan bahawa Fitrah pernah belajar.

Selamat maju jaya kepada semua.Jangan putus asa kalau awak kerja diluar bidang yang awak belajar. :)

Yang ikhlas
Chep Fitrah

No comments:

Post a Comment