Friday 23 September 2016

Glowing Skin Juice

Assalamualaikum,
Siapa nak kulit glowing secara semula jadi bolehlah cuba resepi ni.Jaga dalaman dulu.Barulah guna skincare apa pun cepat nampak hasilnya.
Jus ni bukan saja sedap tapi cukup dengan vitamin dan mineral.
Glowing Skin Juice
Bahan-bahan yang diperlukan.
1 beetroot/berries
2 oren
2 carrot
2 apple merah
1 timun
1 batang celery
Cara-cara
1.Basuh semua buah dan buang kulit buah yang mana patut.
2.Potong buah dan masukkan dalam blender
3.Tapis air atau kalau tak mau tapis pun boleh.
4.Masuk peti atau terus minum saja
Kalau ada yang cuba nanti bolehlah share gambar dengan Fitrah ya.
NotaKaki:Nak cantik kena rajin kalau malas nak buat tak perlu berangan nak muka glowing secara semula jadi.
Ok cukuplah untuk kali ni.Nanti kalau Fitrah ada terjumpa lagi resepi yang bermanfaat macam ni Fitrah akan share di sini.



Friday 2 September 2016

Kenapa Tajuk Blog Macam tu?

Assalamuaalaikum,


Hai semua viewer terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya. Mesti anda tertanya-tanya blog ni banyak menceitakan tentang kecantikan tetapi kenapa ada chep aka chef? Tak ada resepi pun dalam ni.

Ha inilah sebabnya Fitrah buat post ni.Semata-mata nak menjawab persoalan anda semua. Fitrah masa belajar dulu ambil jurusan Pengurusan Sains Seni Kulinari tetapi lepas habis belajar Fitrah terjebak dalam perniagaan luar bidang.

Memang luar bidang sungguh.Produk kecantikan yang Fitrah jual. Tapi Fitrah percaya pada rezeki Allah yang amat luas.Tak kira bidang apa pun semuanya boleh kita cuba yang penting kita niat untuk mencari rezeki yang halal.

Demi menghargai usaha Fitrah belajar selama tiga tahun untuk mendapatkan segulung ijazah jadi Fitrah selitkan "Chep" Fitrah.Untuk mengingatkan bahawa Fitrah pernah belajar.

Selamat maju jaya kepada semua.Jangan putus asa kalau awak kerja diluar bidang yang awak belajar. :)

Yang ikhlas
Chep Fitrah