Wednesday 7 December 2016

Berniaga Bermodalkan Simpanan Sendiri

Siapa yang berniaga tapi modal tak pernah bertambah? Untung tak payah cerita biar simpan sendiri saja. 

Nak tahu tak Fitrah berniaga guna modal sendiri tau. Hasil menabung waktu study dulu. Bersyukur juga la ada kesedaran untuk menabung sikit. Bermula dengan dropship 0 modal dan bertambah ke ratus-ratus sekarang dah jadi ribu. InsyaAllah doakan supaya mampu berpuluh2 ribu macam orang lain.
Fitrah jenis jarang shopping tapi kalau dah shopping tak boleh kawal. Semua rasa nak beli tanpa fikir panjang.:)

Macam mana boleh menabung waktu study?

Setiap sem bila dapat duit pt, Fitrah memang akan transfer duit ikut jumlah yang ditetapkan ke bank Tabung Haji dan tak akan usik dah.(Sekarang usik dah sikit buat modal bisnes). Kemudian ambil sikit buat modal jual topup.Lepas tu rolling duit tu untuk sepanjang sem tapi bila hujung-hujung pengajian Fitrah dah stop jual top up. Sesak juga kadang tu kalau ada yang berhutang.Terganggu aliran tunai saya.Fitrah ni mudah stress kalau plan tak menjadi.

Duit selebihnya buat belanja beli buku atau kegunaan assignment. Bila dapat baucer buku jimat sikit duit pt.Thank you tokjib.

Adik-adik yang dapat baucer tu sila guna baucer tu selayaknya tau walaupun memang tak cukup untuk tampung kos buku yang harganya ada sampai beratus.Tapi pandai-pandai la plan kan dah masuk uni.

 Masih ada lagi ke baucer?

Wednesday 19 October 2016

Ada apa dengan Furaiha?

Assalamualaikum,
Furaiha ada kuasa magik yang boleh buatkan awak jatuh cinta terhadap Furaiha dalam sekelip mata. 
Furaiha ialah set penjagaan kecantikan berasaskan bahan organik dan bebas bahan kimia berbahaya. Furaiha selamat digunakan oleh ibu mengandung.
Furaiha produk unisex.Lelaki dan perempuan sesuai pakai terutama yang ada masalah kulit sensitif, jerawat, resdung dan yang berkaitan dengan muka.Sabun Aqua juga boleh digunakan pada bayi yang mengalami gatal pada badan.
Furaiha hanya ada tiga item dalam satu set.Sangat mudah dan ringkas untuk menjaga kulit muka kita.Sesuai sangat untuk orang yang sibuk dengan kerjaya, keluarga dan seangkatannya.
Furaiha juga sesuai untuk orang yang nak cantik tapi malas atau tak suka letak macam-macam dekat muka.
Furaiha adalah pilihan yang tepat untuk awak.
Item yang ada dalam set Furaiha adalah:
1-Sabun Aqua Habbatus Sauda
2-Luminous DD Cream
3-Glow Booster Cream
Hanya tiga langkah kulit awak akan dilindungi dan dirawat secara alami.
Jom cantik selamat bersama Chep Fitrah dengan Furaiha 

Friday 23 September 2016

Glowing Skin Juice

Assalamualaikum,
Siapa nak kulit glowing secara semula jadi bolehlah cuba resepi ni.Jaga dalaman dulu.Barulah guna skincare apa pun cepat nampak hasilnya.
Jus ni bukan saja sedap tapi cukup dengan vitamin dan mineral.
Glowing Skin Juice
Bahan-bahan yang diperlukan.
1 beetroot/berries
2 oren
2 carrot
2 apple merah
1 timun
1 batang celery
Cara-cara
1.Basuh semua buah dan buang kulit buah yang mana patut.
2.Potong buah dan masukkan dalam blender
3.Tapis air atau kalau tak mau tapis pun boleh.
4.Masuk peti atau terus minum saja
Kalau ada yang cuba nanti bolehlah share gambar dengan Fitrah ya.
NotaKaki:Nak cantik kena rajin kalau malas nak buat tak perlu berangan nak muka glowing secara semula jadi.
Ok cukuplah untuk kali ni.Nanti kalau Fitrah ada terjumpa lagi resepi yang bermanfaat macam ni Fitrah akan share di sini.



Friday 2 September 2016

Kenapa Tajuk Blog Macam tu?

Assalamuaalaikum,


Hai semua viewer terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya. Mesti anda tertanya-tanya blog ni banyak menceitakan tentang kecantikan tetapi kenapa ada chep aka chef? Tak ada resepi pun dalam ni.

Ha inilah sebabnya Fitrah buat post ni.Semata-mata nak menjawab persoalan anda semua. Fitrah masa belajar dulu ambil jurusan Pengurusan Sains Seni Kulinari tetapi lepas habis belajar Fitrah terjebak dalam perniagaan luar bidang.

Memang luar bidang sungguh.Produk kecantikan yang Fitrah jual. Tapi Fitrah percaya pada rezeki Allah yang amat luas.Tak kira bidang apa pun semuanya boleh kita cuba yang penting kita niat untuk mencari rezeki yang halal.

Demi menghargai usaha Fitrah belajar selama tiga tahun untuk mendapatkan segulung ijazah jadi Fitrah selitkan "Chep" Fitrah.Untuk mengingatkan bahawa Fitrah pernah belajar.

Selamat maju jaya kepada semua.Jangan putus asa kalau awak kerja diluar bidang yang awak belajar. :)

Yang ikhlas
Chep Fitrah